This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Monday, 25 June 2012

Jenis-jenis Halia







jenis-jenis utama yang ditanam di negara ini ialah Halia Bentong, Halia Taiwan dan Halia Indonesia.
Jenis Benton
Mempunyai rizom yang besar dan berisi bendalir (belendir dan berair). Warna keputih-putihan.
Jenis Taiwan
Mempunyai jari-jari rizom yang besar penuh berisi, berlendir dan sederhana pedas.
Jenis Indonesia
Mempunyai rizom yang panjang dan berwarna kuning muda

Halia ( Zingiber officinale ) dari keluarga Zingiberaceae ialah sejenis tanaman saka yang berasal dari kawasan tropika di Asia. Ditanam di kebanyakan kawasan di dunia terutamanya di India, China, Malaysia dan Indonesia. Antara jenis halia yang ditanam di Malaysia ialah jenis Bentong, Taiwan dan Indonesia yang berbeza dari segi bentuk rizom, kepedasan dan kandungan air.

Penanaman Halia menggunakan rizom yang matang dan cukup tua (berumur lebih dari 9 bulan) sebagai benih tanaman. Tanaman haliamemerlukan sedikit naungan. Sesuai ditanam di pelbagai jenis tanah termasuk tanah gembur dan peroi serta gambut yang mempunyai saliran baik supaya tidak menyekat tumbesaran rizom.

Halia Tua banyak digunakan sebagai perasa dalam masakan. la juga boleh diproses, di keringkan dan dijadikan serbuk untuk masakan dan pelbagai kegunaan termasuk perubatan.

Kepentingan kualiti
Perubahan gaya hidup dan kehendak pengguna masa kini meningkatkan cabaran kepada pengeluar hasil pertanian untuk mengeluarkan produk yang bukan sahaja menepati kehendak dari aspek fizikal dan citarasa, malah juga selamat untuk dimakan. Selain dibungkus dengan sempurna, hasil pertanian perlu bebas dari sisa baki racun perosak dan memenuhi tahap kualiti fizikal yang dikehendaki pasaran.

Kematangan Halia Tua untuk kegunaan segar dicapai selepas 8-9 bulan penanaman. Untuk mencapai tahap kualiti optimum, penuaian perlu dilakukan pada awal pagi atau di waktu petang dalam persekitaran yang redup.
 Halia yang telah dituai dimasukkan ke dalam bekas yang sesuai seperti bakul plastik (30 kg) dan perlu dibawa secepat mungkin ke tempat pengumpulan bagi mengelakkan terdedah kepada cuaca. panas yang akan menyebabkan rizom menjadi kecut.
 Rizom halia kemudiannya dibersihkan, dirawat (2-3 hari), digred dan dibungkus sebelum dipasarkan. Pastikan ia sentiasa kering dan disimpan di tempat teduh dan mempunyai pengudaraan yang baik. Halia tua boleh disimpan pada suhu 10-13°C dengan kadar kelembapan relatif 65-75% di mana jangkahayat kekal sehingga 6 bulan.

Halia dalam perubatan moden


Khasiat halia dalam merawat pelbagai penyakit bukan saja diketahui menerusi kaedah tradisional malah dibuktikan oleh pakar-pakar perubatan moden.
Menurut satu laporan, kandungan aktif dalam halia yang dikenali sebagai gingeroles memberi kesan apabila ia meresap ke dalam badan.
Halia atau nama saintifiknya Zingiber officinale dari keluarga zingiberaceae kaya dengan kandungan kalium (125 miligram), fosforus (63mg) dan kalsium tenaga (52 kilokalori) selain protein, karbohidrat, gentian, vitaminC dan niasin.
Halia sebagai perisa Masakan
Di kalangan mayarakat Malaysia, halia bukan saja berkhasiat malah menjadi perisa atau sebahagian daripada ramuan masakan.
Selain berbau harum, campuran halia dalam masakan menjadi pembuka selera makan. Selalunya halia ditumbuk atau dimayang halus, ditumis bersama perencah lain untuk masakan sup, kari, sambal, rendang dan tomyam.
Buang Angin dengan halia
Dalam perubatan alternatif, halia yang ditumbuk atau air rebusannya digunakan sebagai ubat minum atau sapu.
Seperti yang diketahui umum, air rebusan halia yang dicampur lada hitam boleh menghilangkan angin di perut . Air rebusan ini sesuai untuk wanita yang baru bersalin dan mereka yang mengalami masalah angin seluruh badan.
tips buang segugut dengan halia
Banyak Kegunaan Halia 
Bagi mereka yang terseliuh anggota badan, halia tua yang ditumbuk halus dan dipupuk di tempat tersebut boleh mengelakkan angin memasuki bahagian berkenaan.
Halia juga boleh mengubati penyakit, kekurangan tenaga,pening kepala demam panas. Selain itu, halia membantu menghadam makanan, mengawal hati daripada kesejukan dan menghilangkan bau busuk mulut
Pengambilan halia juga mencegah rasa pening dan mual atau motion sicknesssemasa menaiki kenderaan serta membuang kahak dan lendir yang melekat di halkum.
Halia juga membantu menguatkan tenaga batin iaitu menambahkan air mani.

Khasiat Air Minuman Serbuk Halia

teh halia




Apa itu halia?

Halia berasal dari Asia Tenggara dan kini ditanam secara meluas di Jamaica dan beberapa kawasan tropika. Akar halia terkenal sebagai herba yang digunakan untuk masakan dan juga perubatan. Halia telah digunakan oleh pakar herba China lebih 2,500 tahun lalu.

Khasiat halia

Sejak zaman berzaman, halia sering digunakan untuk melegakan rasa loya, masalah sukar penghadaman, artritis dan membantu melancarkan peredaran darah. Halia juga mempunyai keupayaan untuk melegakan masalah kekejangan perut. Akar halia turut membantu menyokong sistem kardiovaskular yang sihat dengan menjadikan platelet kurang pekat sekali gus mengurangkan masalah peredaran darah.

Minyak halia yang digunakan untuk mengurut membantu melegakan kesakitan akibat artritis berikutan bahan anti-radang yang terdapat dalam tanaman tersebut.

Menurut kajian, halia membantu menurunkan kadar penyerapan kolesterol di dalam hati dan darah selain mengurangkan sakit kepala atau migrain. Kandungan shogoal dan gingerol dalam halia juga mampu meneutralkan asid dalam perut, merangsang pengeluaran jus penghadaman dan juga membantu memperbaiki otot otot penghadaman.

Bagaimana menggunakan halia

>> Dihiris atau ditumbuk untuk digunakan dalam masakan.

>> Campuran akar halia dan ekstrak limau nipis membantu melegakan penghadaman. Ia juga boleh dijadikan minyak dan disapu di bahagian yang sakit.

>> Halia segar yang dibuang kulit boleh dimakan setiap empat jam tetapi tidak lebih tiga kali sehari untuk melegakan masalah perut. Teh halia boleh diminum beberapa beberapa kali sehari.

Cuba minum segelas teh halia untuk meredakan masalah selesema. Menurut kepercayaan masyarakat Cina, tenaga dalam halia dapat memanaskan paru-paru dan perut. Untuk membuat teh hali cuba resipi mudah ini.

>> 4 gelas air

>> 2 inci halia segar

>> Hirisan lemon dan madu (sebagai penambah perisa)

Kupas dan hiris akar halia. Isikan air ke dalam periuk dan biarkan ia mendidih. Tambah sehiris halia ke dalam air yang mendidih. Kecilkan api, tutup periuk dan biarkan selama lebih kurang 15-20 minit. Tapis, tambah lemon dan madu sebagai penambah perisa

Maklumat tambahan mengenai halia

Selain pelbagai khasiat yang terkandung dalam halia, berita baik kepada semua, halia tidak mempunyai sebarang kesan negatif dan selamat diambil dalam bentuk apa sekali pun.

Kapsul halia perlu diambil bersama segelas air. Halia boleh diambil sehari selepas seseorang menjalani pembedahan untuk mengurangkan rasa loya. Bagi mereka yang menjalani rawatan radioterapi atau kemoterapi, pengambilan halia mampu mengurangkan kerengsaan perut.

Lain-lain khasiat halia

>> Mengubati selesema dan asma

Pengamal perubatan tradisional mencadangkan pesakit selesema dan asma mengunyah halia segar atau minum teh halia ataupun perahan jus akar halia bersama satu camca madu.

>> Mengurangkan sakit sendi, sakit otot dan kolesterol

Sakit-sakit pada otot dan sendi juga dapat diatasi dengan penggunaan halia. Untuk otot yang sakit, minyak halia dicampurkan dengan minyak neutral lain dan digosok ke bahagian tersebut.

>> Mengubat batuk

Dengan menghisap hirisan halia dapat melegakan batuk dan gatal-gatal tekak. Amalan ini lebih mujarab jika air halia dicampur dengan sedikit madu.

>> Menghilangkan bau mulut

Halia memang berkesan menghilangkan bau mulut yang menimbulkan ketidakselesaan. Hiris halia dan rebus hingga mendidih. Biarkan sejuk seketika dan minum. Atau tumbuk halia hingga lumat dan kemudian tapis. Campur dengan air yang sudah dimasak. Amalkan minum air halia tersebut waktu pagi dan petang. 




Antara kegunaan dan khasiat halia ialah,
1. Membuang Angin
Saya rasa ramai yang dah tahu, air rebusan halia yang telah dicampur dengan lada hitam boleh menghilangkan angin yang terdapat dalam usus besar dan kecil kita. Air rebusan ini memang sesuai untuk wanita yang baru bersalin dan mereka yang kerap kali mengalami masalah angin seluruh badan.
2. Menghilangkan bengkak dan luka kecil
Halia segar yang telah ditumbuk halus dan diekstrak jusnya boleh digunakan untuk menghilangkan angin dan bengkak pada luka luar dan dalam, merawat kegatalan akibat gigitan serangga, mengubati gigitan ular, disapu ketika sakit kepala atau migrain, batuk, masuk angin, reumatik, mengeluarkan angin dari perut, bengkak-bengkak, mual dan mabuk dalam perjalanan (motion sickness), serta menghilangkan panau. Sementara itu kandungan minyak atsirinya bermanfaat untuk menghilangkan rasa lenguh, anti inflamasi dan anti bakteria. Air perahan umbinya (akar tongkat) digunakan untuk penyakit katarak.
3. Membantu penghadaman
Halia membantu proses penghadaman supaya berjalan lebih lancar iaitu dengan merangsang kelenjar pencernaan. Menurut farmakologi Belanda, umbi Zingiber officinale mengandungi 6% bahan ubat-ubatan yang sering diguna sebagai rumusan ubatan di 23 buah negara. Sejak dahulu lagi , halia dipergunakan sebagai herba penambah selera makan dan merawat masalah penghadaman.
Antara Manfaat Dan Khasiat Lain Halia Yang Saya Sendiri Tidak Tahu Kesahihannya!
  1. Melembutkan perut dengan kelembutan yang sederhana.
  2. Mengawal hati supaya tidak sejuk dan basah.
  3. Membantu untuk menguatkan tenaga jimak dan menambahkan air mani.
  4. Membuangkan kahak lendir yang melekat di bahagian halkum, jika halia itu dicampur dengan sedikit gula dan diminum dengan air panas.
  5. Menghilangkan bau busuk mulut.
  6. Membakar lemak dan selulit.
  7. Menghilangkan kadar kesejukan yang terdapat pada makanan dan buahan atau sayuran bila sudah dimakan atau diminum.
  8. Halia juga boleh mengubati penyakit sendi, cirit-birit, kekurangan tenaga, dan demam panas










Sunday, 24 June 2012

PENGENALAN SERBUK HALIA (PERTAMA DI MALAYSIA)

Kulla Food And Beverage Products (M) Sdn Bhd.

 4151- Q 
 KAMPUNG PAYA SENANG 
15150
 KOTA BHARU
 KELANTAN 
TEL :097482192


SYARIKAT INI DITUBUHKAN PADA AKHIR TAHUN 1979. PADA WAKTU ITU ORANG YANG BERTANGGUNGJAWAB MEWUJUDKAN SYARIKAT INI IALAH ARWAH AYAH SAYA ALLAHYARHAM EN.CHE NON BIN SULAIMAN. SYARIKAT INI PERNAH BEKERJASAMA DENGAN SYARIKAT SEPERTI FAMA , BESTA , MARDI DAN SEUMPANMANYA.

 KERATAN AKHBAR TAHUN 1985.SINGAPURA

 ANTARA IKLAN PADA TAHUN 1985